"Salam abg Zairol. Mlm ni bleh tak excusekan ana utk ke Kemunting..ana penat sesangat.Nanti ana qadho yg 1 Ogos punya", saya menghantar kiriman SMS kepada ketua pemuda PAS Kawasan Tambun lewat petang tadi.
"Ok, kifarahnya kene sponsor mkn .. hahaha", beliau membalas.
"Bleh2..next meeting ana blanja cha kew tau..hehe. Selamat memansuhkan ISA", saya membalas.
"Takbir"
Sepatutnya saya perlu ke Kemunting malam ni bersama-sama dengan exco Pemuda PAS Kawasan Tambun. Kami dijadualkan solat maghrib berjemaah di Markaz PAS Taman Meru, kemudian menuju ke sana dengan kereta secara konvoi. Tapi disebabkan oleh kepenatan yang teramat sangat, saya meminta kebenaran daripada ketua pemuda untuk tidak pergi bersama.
Sejak telah hampir sebulan bekerja ni, malamnya saya merasa sangat penat. Walaubagaimanapun, untuk malam-malam yang sebelumnya, saya masih mampu lagi untuk melakukan jadual aktiviti-aktiviti malam. Tetapi hari ini keadaannya berbeza. Saya merasa tersangatlah penat. Semasa berehat di antara pukul 1 ke 2 petang tadi, setelah selesai mendirikan solat zohor di Masjid Negeri, saya mengambil sedikit masa untuk tidur di level bawah masjid. Tapi sebab penat punya pasal, saya tak sedar saya telah tertidur melewati jam 2 petang. Setelah masuk ke pejabat, saya masih lagi mengantuk dan sempat terlena buat seketika.
"Rasa macam nak jadi student balik ni ..", saya mengeluh kepada mak dan ayah sesampai di rumah.
"Haa .. sekarang baru tau kan bila dah kerja. Dulu masa belajar, tak sabar nak kerja. Macam mane, jadi student lagi seronok kan ..?", ayah membalas.
Bila terasa bahang kepenatan sebegini, saya mula teringat balik saat-saat menjadi pelajar dahulu. Memang benar, tiada seindah-indah zaman melainkan zaman menjadi pelajar. Kalau masa belajar dulu, waktu yang mungkin paling penat sekali ialah ketika musim peperiksaan. Terpaksa "stay up" dan bertungkus lumus dari pagi sampai ke pagi. Tapi itupun hanya dalam 2 minggu saja. Waktu selebihnya kurang tekanan dan tidak terasa penat pun. Pergi kelas pun hanya pasang telinga je. Kalau nak rajin sikit, bagi la tumpuan apa yang diajar oleh pensyarah. Tapi kalau tengah malas, jadi tunggul bernyawa je la dalam kelas tu. Pensyarah bersyarah di depan, kita berceramah di belakang.
Takpe la, tinggalkan zaman pelajar yang telahpun berlalu.
Apa-apapun, ni mungkin baru di peringkat permulaan dan saya masih belum mampu membiasakan diri lagi dengan suasana bekerja. Mungkin lama kelamaan keadaan akan berubah, insyallah.
Bercakap tentang Perhimpunan Mansuhkan ISA di Balai Islam Kemunting malam ni, ini merupakan signal awal dari rakyat Perak khususnya dan umumnya kepada UMNO dan BN. Kemuncaknya adalah pada 1 Ogos nanti di Kuala Lumpur. Hari tersebut merupakan kemuncak kemarahan dan tanda protes rakyat terhadap keredhaan UMNO dan BN terhadap kezaliman ISA. Saya amat yakin, perhimpunan GMI yang bakal dianjurkan ini pasti akan lebih menggamit kehadiran ramai lagi rakyat Malaysia tanpa bebilang bangsa, agama dan kaum kerana isu yang kita perjuangkan kali ini adalah isu global yang menyentuh hak semua bangsa dan agama. Kalaupun tidak melebihi bilangan perhimpunan BERSIH, saya yakin ia pasti akan melebihi bilangan perhimpunan PPSMI. Oleh itu di atas kesedaran ini dan sebagai tanda simpati kita terhadap saudara-saudara kita yang sedang merengkok di dalam ISA itu, maka marilah kita sama-sama turun pada hari tersebut demi untuk menyatakan hasrat dan kebencian kita yang sekeras-kerasnya terhadap akta rimba yang gila-gila itu.
Selamat Memansuhkan ISA
Surat daripada Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat:
Adalah dimaklumkan bahawa Pakatan Rakyat bersama NGO akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran untuk memansuhkan ISA pada tarikh dan makluman berikut:-
Tarikh : 1 Ogos 2009 / 10 Sya’ban 1430 (SABTU)
Masa : 2.00 petang
Lokasi : Berkumpul di Masjid Jamek Kg Baru, Masjid Negara dan Sogo seterusnya berarak ke Istana Negara (lokasi berhimpun mengikut negeri akan dimaklumkan kemudian)
Sehubungan dengan itu, saudara diminta mengarahkan seluruh pemuda di negeri-negeri untuk turun bersama-sama dalam perhimpunan tersebut. Warna tema pada himpunan tersebut ialah “hitam merah”.
Kerjasama dan tindakan saudara terhadap perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan Jazzakallahu Khairan Kathira.
-Kamaruzaman Mohamad-
________________________________________________________
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang dipaparkan di mohdfit3.blogspot.com dihasilkan untuk tujuan perkongsian dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat mohdfit3.blogspot.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin saya terlebih dahulu.
"Islam Memimpin Perubahan"
IBNASMUNI @ www.mohdfit3.blogspot.com
30020 Ipoh, Perak
No comments:
Post a Comment