Alhamdulillah, pagi tadi Alumni sekolah saya (Sek Men Al-Hidayah) telah berjaya mengadakan program mingguan menurut yang dirancang. Kalau sebelum ini, kebiasaannya kami akan bertemu dua kali sebulan di Extreme Park Sport Complex untuk permainan futsal, tetapi kali ini kami memilih untuk mengadakan rehlah di Chepor pula bagi mengelakkan kebosanan dengan satu aktiviti sahaja. Cumanya, jumlah yang hadir untuk rehlah ini tidaklah seramai jumlah yang datang semasa permainan futsal yang kadang-kadang boleh mencecah hampir 30 orang.
Walaubagaimanapun, program masih tetap berjalan seperti biasa walaupun dalam lingkungan yang agak kecil.
Seperti yang dijanjikan, kami berkumpul jam 9 pagi di Chepor sebelum menuju ke tempat yang dirancang. Tempatnya agak jauh ke dalam. Untuk menuju ke sana, kami perlu berjalan kaki kerana ia tidak boleh dilalui oleh kereta dan motosikal. Jalannya kecil, tidak berturab, berbukit dan berbatu. Semasa merancang program ini, ada idea-idea yang mencadangkan agar ia dibuat di tempat yang lebih jauh seperti di Ulu Kenas, Kampar dan Simpang Pulai. Tetapi disebabkan oleh beberapa masalah, maka kami terpaksa memilih destinasi biasa iaitu di Chepor saja.
Setelah semuanya tiba, kami berjalan beramai-ramai menuju ke atas. Masing-masing membawa bekalan makanan yang telah ditetapkan seperti sardin, roti, hotdog, telur, air minuman serta peralatan memasak.
Sesampai saja di situ, kami dapati tempat tersebut masih belum diambil orang.
Alhamdulillah.
Ia memang menjadi pilihan orang ramai terutamanya anak-anak muda untuk bermandi manda kerana tempatnya luas, jauh dari hiruk pikuk serta airnya lebih dalam berbanding dengan tempat-tempat yang lain. Setelah turun ke sungai, kami mengumpulkan barang-barang di satu tempat merentasi sungai untuk mengelak dari sebarang kecurian yang tidak disedari.
Setelah itu, barulah masing-masing terjun ke dalam sungai dengan gaya renang yang pelbagai. Yang tahu berenang, berenang dengan cara yang tahu. Yang tak tahu pula, berenang dengan caranya sendiri.
Selain dari mandi, program kami juga diisi dengan permainan bola baling air dan aci monyet. Walaupun tidak ada agenda tertentu yang dirancang, tetapi pengisian dengan bentuk permainan sebegini secara tidak langsung dapat menjalinkan ukhuwwah dan semangat kebersamaan diantara kami. Setidaknya ia tidak hanya kosong dengan bermandi-manda sahaja. Setelah penat bermain bola baling air, maka kami berhenti sekejap untuk makan. Setelah itu, barulah kami menyambung semula dengan permainan aci monyet.
Aiman sedang tuangkah sos untuk makan dengan Hotdog. Tgk muka Alif (kiri) yg dah
tak sabar-sabar nak makan
Saya pula sedang masak Sardin Special, resepi ciptaan tersendiri.
Dorang kate sodap juga la. Jadi, sesiapa yang nak tau resepinya, boleh la hubungi saya ye .. hehe
Aksi Aiman yg sedang mengejar bola semasa permainan aci monyet.
Dia jadi monyet masa tu.
"Aduh, beratnya ko ni Aiman"
Wajah-wajah anak-anak perantauan dari bumi Somalia ... hehe
Bergambar sebelum pulang.
Dari kiri (berdiri): Fariz, Fadhil, Aiman, Alif, Hanan, Faiz, Ismail
Dari kiri (duduk): Saya, Nabil, Farhan, Aiman
Selepas solat zohor berjemaah di sungai, kami kembali ke tempat kereta beramai-ramai dan berpisah di situ. Semua nampak penat. Walaubagaimanapun, kami bersyukur kerana dapat mengisi masa hujung minggu dengan program yang bermanfaat.
Anda pula bagaimana?
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang dipaparkan di mohdfit3.blogspot.com dihasilkan untuk tujuan perkongsian dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat mohdfit3.blogspot.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin saya terlebih dahulu.
"Islam Memimpin Perubahan"
IBNASMUNI @ www.mohdfit3.blogspot.com
30020 Ipoh, Perak
No comments:
Post a Comment